Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 8
10 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 09 Mei 2026, dua orang peserta telah menyertai Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 8 yang dijalankan melalui platform Google Meet. Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai tips menjawab soalan Bahasa Inggeris dengan lebih tepat dan berkesan dalam peperiksaan.
Dalam sesi tersebut, peserta telah didedahkan kepada beberapa teknik penting seperti cara memahami kehendak soalan, penggunaan tatabahasa yang betul, serta kaedah membina ayat dalam penulisan Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Selain itu, peserta turut mempelajari teknik mengenal pasti kata kunci dalam petikan, cara menjawab soalan pemahaman dengan tepat, dan penggunaan kosa kata yang sesuai untuk meningkatkan kualiti jawapan dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: