Kepimpinan Dalam Pasukan eSukan
8 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 7 Ogos 2026, tiga orang peserta telah menyertai Kelas Kesedaran eSukan yang bertajuk Kepimpinan Dalam Pasukan eSukan. Kelas ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan kepimpinan dalam membentuk pasukan yang lebih tersusun dan berdaya saing.
Peserta diperkenalkan kepada aspek penting seperti komunikasi, kerjasama, disiplin, pengurusan konflik dan kemahiran membuat keputusan dalam pasukan eSukan. Sesi ini turut menekankan peranan ketua dalam membina semangat berpasukan dan memastikan setiap ahli dapat bekerjasama dengan baik.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan serta membentuk pemain eSukan yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan profesional.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: