SLS Mahir Masak Portuguese Egg Tart
7 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mac 2026, seorang peserta telah menyertai Short Learning Series Mahir Masak yang bertajuk Portuguese Egg Tart. Kelas ini telah memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menyediakan pencuci mulut popular iaitu Portuguese Egg Tart. Dalam kelas ini, peserta diajar langkah demi langkah proses membuat tart bermula daripada penyediaan doh pastri, penyediaan inti kastard, sehingga teknik membakar bagi mendapatkan tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam.
Selain itu, tenaga pengajar turut berkongsi tips dan teknik bagi memastikan hasil tart yang cantik serta mempunyai rasa yang seimbang. Secara keseluruhannya, kelas ini membantu peserta meningkatkan kemahiran asas dalam penyediaan pencuci mulut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: