dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Mahir Masak Minggu 3

30 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Julai 2026, seorang peserta telah menyertai Kelas Mahir Masak Minggu 2 yang membincangkan topik Minuman Jus dan Teh. Sesi ini bertujuan untuk memastikan peserta dapat meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan minuman yang berkualiti, menarik serta berpotensi untuk dijadikan produk keusahawanan.
Sepanjang sesi, peserta mempelajari teknik penyediaan Jus Buah Naga yang menyegarkan serta Matcha Milk Tea dengan sukatan bahan yang tepat bagi menghasilkan rasa yang seimbang. Cikgu Imran turut berkongsi tip pemilihan bahan berkualiti, kaedah penyediaan yang betul, teknik penyajian yang menarik, serta amalan kebersihan dan keselamatan makanan sepanjang proses penyediaan.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penyediaan minuman, di samping memberi inspirasi untuk mencipta menu yang kreatif dan bernilai komersial. Ilmu yang diperoleh juga diharapkan dapat dimanfaatkan sebagai peluang menjana pendapatan melalui bidang makanan dan minuman.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.