Python in Animation S4
19 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 Julai 2026, tiga orang peserta telah menyertai kelas Tiny Techies yang bertajuk Python in Animation. Kelas Python in Animation ini telah dianjurkan bagi memperkenalkan peserta kepada penggunaan bahasa pengaturcaraan Python dalam menghasilkan animasi. Menerusi sesi perkongsian ini, peserta didedahkan dengan asas pengaturcaraan, konsep animasi digital serta bagaimana kod boleh digunakan untuk mencipta pergerakan dan visual yang menarik.
Webinar ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami hubungan antara teknologi, kreativiti dan pengaturcaraan dalam menghasilkan karya digital. Selain itu, peserta turut dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara logik serta meneroka potensi Python dalam bidang animasi dan teknologi kreatif.
Program ini diharapkan dapat menarik minat peserta untuk mempelajari kemahiran digital serta meneroka bidang pengaturcaraan dan animasi pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: