Dilea Tuisyen Rakyat Webinar Berkala Matematik Edisi
15 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2026, dua orang peserta telah menyertai Dilea Tuisyen Rakyat Webinar Berkala Matematik (Algebra) yang disampaikan oleh penceramah, Cikgu Amirul Sensei. Webinar ini memberi fokus kepada pemahaman konsep asas algebra serta meningkatkan kemahiran peserta dalam menyelesaikan soalan Matematik dengan lebih teratur dan berkesan.
Sesi pembelajaran disampaikan secara padat namun mudah difahami dengan penerangan jelas tentang konsep algebra, diikuti kaedah menyelesaikan persamaan secara langkah demi langkah. Peserta turut didedahkan dengan pelbagai contoh soalan latihan serta teknik menjawab yang betul bagi mengelakkan kesilapan lazim. Selain itu, beberapa tip penting turut dikongsikan bagi membantu peserta memahami topik dengan lebih mendalam dan meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: