Taklimat Berita Palsu
12 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jun 2026, 6 orang peserta telah menyertai Webinar Kesedaran Kempen Internet Selamat yang bertajuk Taklimat Berita Palsu. Taklimat ini telah memberi pendedahan kepada peserta mengenai isu penyebaran maklumat tidak sahih di platform digital. Menerusi sesi ini, peserta didedahkan dengan cara mengenal pasti berita palsu, kepentingan menyemak kesahihan maklumat serta langkah yang boleh diambil sebelum berkongsi sesuatu berita.
Taklimat ini turut meningkatkan kesedaran peserta tentang penggunaan internet secara bijak dan bertanggungjawab agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang mengelirukan.
Program ini diharapkan dapat membentuk pengguna digital yang lebih peka, kritikal dan beretika dalam menilai serta menyebarkan maklumat di alam maya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: